Thursday, November 25, 2010

Maksud Kapasiti Bekas dan Isipadu Cecair


  • Isipadu cecair bermaksud jumlah  cecair di dalam sesuatu bekas.

  • Kapasiti bekas pula bermaksud muatan cecair yang boleh memenuhi bekas tersebut.

Monday, November 22, 2010

Sunday, November 21, 2010

BAHAN BANTU MENGAJAR

Untuk menerangkan konsep isi padu cecair dengan lebih jelas di mana ia dapat menambahkan pemahaman murid dalam topik isi padu cecair ini guru perlulah memilih bahan bantu mengajar yang bersesuaian untuk dimasukkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. Bahan bantu mengajar yang dipilih mestilah bersesuaian, mudah dikendalikan, mudah didapati dan senang difahami oleh murid. Untuk topik isi padu cecair, bahan bantu mengajar seperti bekas yang digunakan untuk menyukat isi padu cecair mestilah lutsinar supaya murid  dapat melihat terus ke dalam bekas dan dapat membuat anggaran jumlah isi padu cecair tersebut. Ini adalah untuk memastikan objektif aktiviti pengajaran dan pembelajaran tercapai. 

Monday, November 8, 2010

Maksud Isi Padu Cecair


Isi padu cecair adalah merujuk kepada jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas atau dengan erti kata lain isi padu cecair bermaksud banyaknya muatan cecair atau kapasiti cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Bentuk dan saiz sesuatu bekas yang berbeza tidak semestinya mempuyai isi padu yang berbeza dan kadangkala ia mempunyai isipadu yang sama. Pelajar  kebiasaanya mudah terkeliru dengan bentuk dan saiz sesuatu bekas. Mereka beranggapan bahawa bekas yang tinggi atau besar mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding dari bekas yang rendah atau kecil. Ini adalah disebabkan pada peringkat umur ini mereka tidak memahami konsep isi padu cecair.
Untuk menerangkan konsep isi padu ini dengan lebih jelas kita boleh menggunakan unit sebarangan seperti menggunakan cawan, tin minuman, mangkuk dan sebagainya sebagai alat penyukat untuk menyukat cecair di dalam sesuatu bekas. Unit rujukan pula adalah berdasarkan alat penyukat yang digunakan. Cara yang murah dan mudah untuk melakukan aktiviti ini adalah dengan meminta pelajar mengumpulkan beberapa bekas seperti botol air mineral, tin minuman ringan, dan lain-lain yang boleh didapati di sekitar mereka.